Saturday, 11 April 2015

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini didaftarkan dengan nama SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA SEMENCHU pada tahun 1978. Terletak di Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor dan 40km dr bandar Kota Tinggi. Sekolah Kebangsaan Felda Semenchu mula dibina pada tahun 1976 dan siap pada penghujung tahun 1977. buat permulaan, murid-murid belajar di bangunan Bengkel Felda Semenchu pada tahun 1978 dan ditempatkan di bangunan ini pada 1.4.1978. Pada awalnya seramai lebih 200 orang murid dengan 10 orang guru lelaki dan 2 orang guru perempuan. Tuan Haji Esa bin Haji Ibrahim merupakan Guru Besar pertama sekolah ini. Dalam tahun 1980 sebuah bangunan 2 tingkat mengandungi 8 bilik darjah dan sebuah perpustakaan mula dibina. Bangunan baru ini digunakan pada pertengahan tahun 1981. Bilangan murid bertambah hingga melebihi 1000 orang. Dengan bertambahnya bilangan murid dari tahun ke tahun, sebuah lagi bangunan mengandungi 5 bik darjah dibina secara gotong royong pada tahun 1986dan digunakan pada tahun 1987. Dalam bulan September 1993, sebuah lagi bangunan 2 tingkat telah dibina dan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 1994. Sekolah ini pernah dilawati oleh Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Encik Idris bin Tain (1978), Encik M. Zin bin Sham (1998) & Tuan Haji Saad bin Bongkek, Ketua Jemaah Nazir Negeri Johor (1989). Sekolah Kebangsaan felda Semenchu telah menempa nama yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulumsama ada di peringkat zon,daerah serta negeri. Pada tahun 1989, seorang murid sekolah ini iaitu Mohd Razi bin Jaafar telah dicalonkan sebagai Tokoh Kanak-kanak ke Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur. Pada tahun 1991 pula, sekolah ini telah dipilih sebagai Sekolah Harapan Negara dalam daerah Kota Tinggi. Kerjasama ibubapa pula menghasilkan sebuah surau yang bernilai RM15,000. Surau ini mula dibina pada awal tahun 1991. Sekolah dengan bantuan PIBG telah mengadakan sebuah makmal komputer pada tahun 1995. Pembelajaran berbantu komputer dimasukkan dalam jadual waktu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains. Pada tahun 2004, melalui Program Perluasan Prasekolah, 1 kelas Prasekolah telah diwujudkan untuk menampung 25 orang murid berumur 6 tahun serta menerima seorang guru dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah. Seterusnya pada tahun 2008, sebuah lagi kelas telah dibuka sebagai tambahan prasekolah yang sedia ada dan menerima seorang lagi guru dan Pembantu Pengurusan murid bagi memenuhi keperluan murid berumur 5 dan 6 tahun yang makin bertambah. Untuk memperkasakan “Celik IT” dikalangan murid & warga sekolah, sebuah makmal komputer telah siap dibina dan digunakan pada tahun 2007. Sebuah bilik darjah telah dinaik taraf untuk dijadikan Bilik Akses dan siap digunakan pada tahun 2008 dengan seorang Juruteknik Komputer ditempatkan di sekolah ini. Pada tahun 2009, bangunan tambahan 1 blok 2 tingkat dan 1 blok 3 tingkat telah diluluskan dan siap dibina dan diserahka kepada sekolah pada Disember 2010. pada januari 2011 bangunan ini telah digunakan sepenuhnya lengkap dengan keperluan kelas, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik muzik, J-QAF dan bilik2 khas yang lain. Bangunan tersebut telah dilengkapi dengan kemudahan dan prasarana yang kondusif sesuai dengan kehendak dan keperluan masa kini.

No comments:

Post a Comment